Search what you want????

Friday, March 25, 2011

StarLigHt DiaRy 25/3/11

Ary Ny sprti bIasa aq brjln kAki ke sekolah mngunakan  jln yg brlmpur dan membuat kn aq mrh Sbb Ksut skola aq ktor.....Msuk Je klas dh kne membebel ngan Ckgu Bi....tenSion Gler...Lps 2 Dpt Paper Bi Up1 ary 2....kptsan aq agk gmpak iaitu 44 per 100....bg aq kptsan 2 gmpak...aq bkn nye pndai sngt Bi.....Lps dpt paper aq ngan dak kls aq bincang n wt pembetulan ngan ckgu Bi aq......So bored......Lps Bi aq trun G lab msuk klas Add science...aq ske kls ny sbb ckgu add sc aq ny sporting n x ske nk membebel mcm ckgu bi aq....tp ary ny aq kne slin bnyk note add sc....bley thn bnyk la jgk note yg ckgu kasi.....Tp ary ny aq lmbt kuar rehat sbb x siap slin note...puncanya ialah aq sembang ngan eliz....x abis2 brckp....pok pek pok pek.....dh ckuplh smpai sni mls nk tls pnjg-pnjg....

Ok....thats all for Today.....StarLight Diary....Hehehehe
PEACE NO WAR>>>NO WAR NO PEOPLE DIE......

Friday, November 5, 2010

aku sentiasa ada untukmu

Hari ini genaplah usiaku 24 tahun iaitu pada 30hb November 2003.Tapi hatiku rasa tidak keruan, puasku berfikir kenapa agaknya. Sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya aku tidak pernah berperasaan begini. Lagi membuatkan aku rasa kecewa ialah pada saat-saat hari gembiraku ini orang yang paling kusayangi sudah melupai tarikh ulangtahunku.
Puas sudah kumenunggu panggilan darinya. hingga membuatkan aku tertanya-tanya kenapa dia tidak mahu menelefonku. Aku bukannya mengharapkan apa -apa cuma sekadar ucapan darinya. Itupun sudah cukup memadai bagiku. Memang aku akui aku dan dia memang jarang bertemu kerana aku di K.L manakala dia pula di Pantai timur. Jarak antara K.L dan Kelantan membataskan pertemuan kami tetapi itu tidak menghalang percintaan kami. Malah ikatan kasih sayang itu semakin bertambah dan sentiasa dibajai dengan perasan dimiliki dan ingin dimiliki.
Sedang aku termanggu sendirian, tiba – tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendengar suaranya ditelefon.  Kurasakan penantianku berhasil. Jika dia berada didepanku ingin aku mendakapnya sebagai tanda terima kasihku. Tetapi suara hatiku berkata kenapa baru sekarang dia hendak menelefonku.Argh… persetankanlah dengan semua ini. Asalkan dia sudah menelefon itu sudah mencukupi. Tetapi segala apa yang kuangankan umpama kaca terhempas ke batu.  Bukan ucapan ‘selamat hari lahir’ yang terungkap di bibir mungilnya tetapi dia hanya menyatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan perhubungan kami lagi. Dan dia mendoakan agar aku tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Ya Allah ujian apakah ni. Begitu mudah sekali dia memutuskannya. Tidakkah dia tahu yang aku benar-benar menyintainya. Hampir 4 tahun usia percintaan yang kami bina dan dia dengan mudah sekali melafazkan kata perpisahan. Sedangkan selama ini dia tahu aku bertungkus lumus berusaha mengumpulkan wang. Ini semata-mata kulakukan untuk menyuntingnya suatu hari nanti.
Puasku memujuknya agar memberitahuku apakah kesalahan yang telah kulakukan sampaikan dia sanggup berbuat demikian. Akhirnya dengan rasa sebak dan terharu dia menyatakan bahawa dia terpaksa mengikut kehendak kedua orang tua dan keluarganya. Dimana dia akan dijodohkan dengan ahli saudara terdekatnya.
Bagaikan gelap kurasakan duniaku ini. Tambah pilu hati ini lagi apabila aku mendengar suaranya yang tidak henti-henti menangis . Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku ke Kelantan untuk menemuinya. Tetapi apakan dayaku.
Aku benar-benar bingung ketika itu dan tidak tahu kepada siapakah untuk aku meluahkan perasaan yang berserabut ini. Ingin sahaja aku curahkan segala rasa hatiku kepada kedua ibubapaku, tetapi aku tidak sampai hati kerana selama ini mereka berharap agar aku dan dia akan bersatu. Di saat-saat ini barulah aku terfikir alangkah baiknya sekiranya aku mempunyai seorang kakak. Bolehlah aku meminta pandangannya. Hanya insan yang bernama wanita jualah yang lebih mudah memahami soal hati dan yang melibatkan perasaan kerana jiwa wanita ini amat halus dan penuh perasaan sentimental.
Hari-hari yang kulalui terasa kosong, hambar dan hilang serinya. Begitu jualah yang jelas kelihatan pada raut wajahku. Selama ini aku memang diketegorikan sebagai seorang yang terkenal dengan sikap periang. Tetapi semenjak kebelakangan ini aku mula bertukar watak malah sering bermurung. Bagiku sudah tidak ada makna lagi. Semenjak peristiwa itu aku telah berazam tidak mahu melibatkan diri lagi dalam soal percintaan. Hatiku telah tertutup rapat untuk mana-mana wanita. Aku sendiri pun tidak pasti sampai bilakah ianya akan terubat. Aku juga tidak mahu orang lain menyedari akan perubahan yang berlaku ke atas diriku. Segala susah payah biarlah ku sendiri yang menanggungnya. Bak kata pujanga “Berat mata memandang berat lagi bahuku yang memikulnya.
Ku ingatkan aku boleh bertahan tapi rupanya aku masih belum kuat lagi untuk menerima ini semua. Ku buangkan segala perasaan maluku, pernah ku menangis di hadapan 2 0rang sahabatku. Mereka jua pernah mengatakan yang mereka tidak sampai hati melihat keaadan aku dan takut ianya akan menjejaskan kerjayaku. Malah mereka berdualah yang banyak memberi ku perangsang dan semangat untuk aku terus bangun dari diselimuti oleh perasaan gundah gulana sepanjang masa. Terima kasih kalian berdua “kak jujie dan Kak shiba”.
Berkat sokongan dan dorongan dari mereka aku telah membulat tekad bahawa aku akan cuba sedaya upayaku untuk memilikinya. Bak kata pepatah “alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”. Berbekalkan semangat inilah aku meminta kedua ibu bapaku masuk meminang si dia. Walaupun aku sedia maklum bahawa sidia bakal dijodohkan dengan orang lain. Tetapi kurasakan yang aku masih lagi mempunyai peluang. Sedangkan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai. Inikan pula si dia yang baru hendak dijodohkan dengan orang lain. Bak kata orang ” the best man win”.
Pada mulanya kedua ibu bapaku enggan menurut kehendakku tetapi disebabkan aku beria-ia akhirnya mereka mengalah. Terima kasih buat emak dan ayah. Setelah mencapai kata putus. Ibu bapaku berbincang dengan kedua ibu bapa si dia mengenai hasrat hatiku. Walaupun hanya berbicara melalui telefon, akhirnya mereka bersetuju untuk menerima aku sebagai sebahagian daripada keluarganya.
Akhirnya, setelah pelbagai dugaan telah kuharungi. Aku dan keluargaku berangkat ke Kelantan menghantar rombongan meminang. Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi, pada tanggal 17/3/2004 cincin pertunanganku telah selamat disarungkan dijari manisnya. Bahagianya kurasakan disaat itu. Aku berjanji dengan orang tuanya bahawa aku akan menjaga anaknya dengan baik serta akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik kepada cucu-cucunya kelak. Insyaalah.
Aku bersyukur pada yang Esa kerana telah memakbulkan doaku selama ini. aku juga berharap agar perhubungan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Walau sebesar mana pun gelombang yang melanda aku berjanji akan cuba untuk menempuhinya. Aku akan pastikan orang yang aku sayangi akan sentiasa berada disisi.
Kepada pembaca, jadikanlah kisahku ini sebagai satu ikhtibar. Sekiranya kita sayangkan seseorang cepatlah bertindak. Jangan tunggu sampai sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, barulah kita akan menyesal
By Pusat Tuisyen Aeb · Tuesday
'26' A number to remember

26 Ogos 1893  :  Krakatau meletus ( 36,000 maut)
26 Julai 1976   :  Gempa di China    (255,000 maut)
26 Jan 1951    :  Gempa di Portugal( 30,000 maut)
26 Dis 1932     :  Gempa di Gansu, China     ( 70,000 maut)
26 Dis 1932     :  Gempa di Turki                  ( 41,000 maut)

Symptom-symptom student bila final exam minggu depan by Faten Hawa on Sunday, October 31, 2010 at 9:41am

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load)


2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam-macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus)

7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

8. Kalau main message tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang-panjang.

9. Disebabkn nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota-nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.

10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)

11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.

12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kacip fatimah, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.

16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”

18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.

19. Time ney pantang tgk member sebelah pegang handout. mula la menggelabah cari note2 jgk. padahal lam otak zero. memang xleh tgkla member study. rase tak senang duduk jer.

20. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek-repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak-borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.

21. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.

p/s; aku rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload! hahaa..

Tentang KIta

Perkenalan ini,x prnh kte impikan,
perhubungan ini,x pernah dlm igauan,
Namun...
dlm indahnye kasih TUHAN,
kte dpertemukan & dpersatukan,
dalam sebuah ikatan yg x  prnh tercerna di fikiran.
              Dlm perhubungan ini,byk ranjau duri kte tempuhi,
              Adakalanya kte brsengketa,adakalanye kte brmsm mke,
              Adakalanye kte mnangis brsame,
              Ada jua kalanye kte tertawa mnjulang jye.
Walau apa jua situasinye,
KAU,AKU,DIA.......KTE,x pernah berubah kasih,
tetap utuh SAYANG,tetap kuat KEMESRAAN,
tetap kukuh IKATAN,
kte terus saling mmbantu,
mnyokong bila perlu,
mnjadi bahu utk melepaskan tangis duka,
mnjadi telinga mndengar resah  di dada,
mnjadi hati menerima kepedihan sesama,
menjadi mentari menambah ceria.
               TERIMA KASIH
               kerana HADIRNYA DIRIMU
               umpama pelangi mewarnai hati
               mengindahkan perjalanan berliku
               menganyam kenangan yg seharum kasturi
              dalam kehidupan seorang aku.
terima kasih sekali lagi
semoga ikatan yg terpatri ini
akan kekal abadi selamanya....

Monday, November 1, 2010

Sixth Sense-Khatimah Cinta

6ixth Sense - Khatimah Cinta
Oh kidung malam
Nyanyikan lagu
Rindu hatiku
Yang terpendam

Oh bintang malam
Lukis wajahku
Katakan aku
Pergi

Genggamlah cinta
Yang kuberikan
Simpanlah slalu
Dalam hati

Ku akan slalu
Dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Kuharus pergi
Jangan kau tangisi
Aku lagi

Biarku bawa
Seluruh cintamu
Ku dakap dalam
Tidur panjangku…

Peluk tubuhku
Kecup pipiku
Relakan saja
Aku pergi